Berita UtamaDunia

Islamofobia: Selepas isu hijab, burkini pula dituduh ‘provokatif’

Majlis Bandaraya Grenoble benarkan burkini, tapi kerajaan Perancis pula tak puas hati

PARIS, 18 Syawal 1443H, Khamis – Keputusan bandar Grenoble di tenggara Perancis, membenarkan wanita memakai pakaian renang tertutup dari kepala hingga ke kaki – burkini, di kolam renang perbandaran telah mencetuskan kontroversi.

Kerajaan Perancis yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu menuduh ia sebagai ‘provokatif’, lapor Agensi Berita Anadolu.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, membantah kebenaran burkini – yang dipakai oleh beberapa wanita Islam – atas alasan provokasi masyarakat yang tidak boleh diterima.

“Saya telah mengarahkan pengawal untuk merujuk kepada perbincangan membenarkan pemakaian ‘Burkini’ kepada ‘sekularisme’ dan, jika perlu, meminta penarikan balik,” tulisnya di Twitter.

Selepas Majlis Bandaraya Grenoble menerima pakai, peraturan baharu yang menarik balik sekatan ke atas pakaian renang di kolam renang awam, wilayah Isere di mana Grenoble terletak, membuat bantahan terhadap Kementerian Dalam Negeri dan mahkamah pentadbiran.  

Peraturan baharu itu membenarkan wanita memakai burkini dari kepala hingga ke kaki dan mandi tanpa baju jika mereka mahu.  

Grenoble ialah bandar kedua di Perancis, selepas Renne, yang membenarkan pemakaian burkini di kolam renang perbandaran.  

Peraturan yang diluluskan yang pertama kali dicadangkan oleh Datuk Bandar ekologi bandar itu, Erick Piolle, telah mencetuskan kekecohan politik.

Ia juga menimbulkan kemarahan parti sayap kanan dan pihak berkuasa awam tertentu, yang menuduh burkini sebagai ‘pakaian Islam’ dan keputusan‘ menunduk kepada Islamisme. 

Walhal, Piolle hanya mahu melaksanakan perkara itu untuk memastikan tiada diskriminasi dalam berpakaian untuk sesiapa sahaja terutama yang sering terancam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button