Berita UtamaDunia

Ratusan pejuang Ukraine serah diri di Mariupol

Komander utama masih berada di loji keluli Azovstal

KYIV, 18 Syawal 1443H, Khamis – Russia mendakwa hampir 700 lagi pejuang Ukraine menyerah diri di Mariupol.

Ukraine mengarahkan pasukan tenteranya di Mariupol untuk berundur, namun hasil akhir pertempuran paling berdarah di Eropah selama beberapa dekad kekal masih tidak dapat diselesaikan.

Pegawai Ukraine enggan mengulas secara terbuka mengenai nasib pejuang yang membuat pendirian terakhir mereka di loji keluli Azovstal, bertahan ketika Mariupol diambil alih oleh tentera Russia.

Russia mendakwa, 694 lagi pejuang menyerah diri menjadikan jumlah keseluruhan 959 tawanan tentera Ukraine.

Pemimpin pemisah pro-Russia yang mengawal kawasan itu, Denis Pushilin dipetik oleh agensi berita tempatan DNA sebagai berkata, komander utama masih berada di loji itu.

Pegawai Ukraine mengesahkan lebih 250 pejuang menyerah diri pada Selasa, namun tidak menyatakan berapa ramai berada di dalam kawasan dikuasai Russia.

Mariupol ialah bandar terbesar yang ditawan Russia setakat ini dan membolehkan Presiden Vladimir Putin mendakwa kemenangan yang jarang berlaku dalam pencerobohan yang bermula pada 24 Februari lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button