Berita UtamaDunia

Rejim haram Israel tak mahu siasat kes bunuh wartawan Al Jazeera

Keluarga gesa siasatan adil dan telus terhadap kematian Shireen

TEL AVIV, 18 Syawal 1443H, Khamis – Tentera rejim pengganas Israel dilaporkan tidak berhasrat untuk menyiasat pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.

Akhbar Israel Ha’aretz melaporkan, Bahagian Siasatan Jenayah Polis Tentera Israel percaya siasatan yang menganggap askar sebagai suspek akan membawa kepada penentangan dalam masyarakat negara itu.

Sebagai tindak balas kepada laporan berkenaan, keluarga Shireen berkata, mereka tidak terkejut dengan kemungkinan tentera Israel tidak menyiasat kematiannya.

“Kami menjangkakan ini daripada pihak Israel. Itulah sebab kami tidak mahu mereka mengambil bahagian dalam siasatan.

“Kami menggesa Amerika Syarikat (AS) khususnya – memandangkan Shireen warganegara AS – dan masyarakat antarabangsa untuk membuka siasatan yang adil dan telus serta menamatkan pembunuhan itu,” kata keluarga Shireen dalam satu kenyataan kepada Al Jazeera.

Pada hari Shireen dibunuh, wartawan veteran itu memakai jaket media.

Shireen ketika itu sedang membuat liputan serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin

Tembakan terus dilepaskan apabila rakan sekerja dan orang ramai cuba membantu beliau.

Keluarga Shireen mendapat jaminan daripada kerajaan AS bahawa pembunuhannya akan disiasat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button