Berita Utama

Serah pada RoS, kata Zahid

Pinda perlembagaan UMNO antaranya pemilihan parti boleh diadakan tak lebih enam bulan selepas PRU

KUALA LUMPUR, 18 Syawal 1443H, Khamis  – Keputusan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO seperti yang dipersetujui perwakilan parti sebelum ini diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sudah pun menyerahkan surat tersebut kepada RoS berkenaan perkara tersebut.

“Kita tunggu balasan dari dia (RoS)… SUA UMNO sendiri menghantar surat kepada mereka,” katanya seperti dilapor UMNO Online.

Sementara itu, Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa memaklumkan telah menghantar surat kepada RoS berkaitan pindaan Perlembagaan tersebut.

Perhimpunan pada Ahad lalu menyaksikan keputusan sebulat suara perwakilan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO termasuk membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas PRU di bawah Fasal 10.16.

Usul pindaan itu, yang turut membabitkan Fasal 15.3 dan Fasal 18.2, dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled di hadapan 2,586 perwakilan yang hadir.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button