Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

COVID-19: 5 hari tanpa kes, Shanghai rekod 3 jangkitan baharu

Rancangan China tamatkan penutupan pada 1 Jun masih kekal

SHANGHAI, 19 Syawal 1443H, Jumaat – Shanghai melaporkan kes baharu COVID-19 di luar kawasan dikuarantin buat kali pertama selepas lima hari tiada kes jangkitan direkodkan.

Tiga kes baharu direkodkan itu menyebabkan sekatan yang lebih ketat di sebuah daerah, namun rancangan China untuk menamatkan penutupan berpanjangan di seluruh bandar pada 1 Jun masih kekal.

Kes jangkitan dikesan di luar kawasan kuarantin di sebuah daerah pada 19 Mei, sementara kes juga dilaporkan meningkat di dalam kawasan yang dikawal ketat.

Tiga kes yang direkodkan adalah daripada keluarga sama, yang sudah selesai mendapatkan tiga dos vaksin COVID-19, dan jangkitan dikesan ketika ujian saringan biasa di daerah Qingpu.

Menurut pihak berkuasa, lebih 200,000 penduduk di bandar itu telah melakukan ujian saringan semula dan semua keputusan adalah negatif.

“Daerah kami akan mengikuti langkah pencegahan dan kawalan yang tepat, termasuk mencapai pembersihan dinamik secepat mungkin,” kata Timbalan Ketua Daerah Qingpu, Zhang Yan.

Kerajaan bandar berkata, rancangan untuk membuka semula empat laluan metro mulai Ahad masih dikekalkan.

Penutupan Shanghai dan langkah ketat di bandar lain adalah kesan dasar sifar COVID-19 negara untuk menamatkan wabak yang menular, sedangkan kebanyakan negara dunia lain sudah beransur-ansur kembali normal.

Beijing yang mempunyai populasi 22 juta penduduk melaporkan 62 kes jangkitan baharu untuk 19 Mei, meningkat daripada 55 kes pada hari sebelumnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button