Berita Utama

Dana AS$40 bilion untuk Ukraine ‘dicuri’ daripada rakyat Amerika

Wartawan, pengulas politik kecam kelulusan dibuat Senat

WASHINGTON, 19 Syawal 1443H, Jumaat – Seorang wartawan dan pengulas politik Amerika Syarikat (AS) mengecam kelulusan dana lebih daripada AS$40 bilion sebagai ‘bantuan’ baharu untuk Ukraine.

Beliau mengatakan bahawa wang itu ‘dicuri daripada rakyat Amerika.’

“Wang itu dicuri daripada rakyat Amerika, terutamanya yang paling memerlukan.

“Dengan AS$40 bilion anda boleh membayar sewa untuk empat juta orang selama setahun di Amerika Syarikat. Atau belanjawan 400 daerah sekolah untuk tahun itu di Amerika Syarikat. Atau beri makan sejuta orang selama setahun di Amerika Syarikat. Atau bayar untuk penjagaan kesihatan sejuta orang untuk tahun ini di Amerika Syarikat,” kata Don DeBar.

Kelulusan Senat AS dibuat selepas bantahan oleh Senator Kentucky Rand Paul menangguhkan kelulusan rang undang-undang selama seminggu.

“Jika Kongres benar-benar percaya memberi Ukraine AS$40 bilion adalah untuk kepentingan negara kita, mereka dengan mudahnya boleh mengenakan cukai kepada setiap pembayar cukai pendapatan AS$500,” tulis Paul.

Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu dengan 368 undian.

Pakej itu, yang jauh lebih besar daripada AS$33 bilion yang diminta Joe Biden untuk Ukraine bulan lalu, kini hanya menunggu tandatangan presiden. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button