Berita UtamaIstimewa

Mansuh AP: Langkah tepat memecahkan monopoli kartel

Perlu ada polisi jelas lindungi petani dan penternak tempatan

Oleh: Zuhayati Yazid

BANGI, 19 Syawal 1443H, Jumaat – Langkah kerajaan memansuhkan keperluan permit import (AP) terhadap bahan makanan yang berkuat kuasa serta-merta dilihat sebagai solusi sementara ketika negara menghadapi kenaikan harga barang.

Ketua Pemuda gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Arifin Manan berkata, dasar berkenaan merupakan satu langkah tepat berikutan dilihat mampu memecahkan monopoli kartel.

“Kerajaan ketika ini perlu ada polisi yang jelas dalam usaha melindungi petani dan penternak tempatan.

“Sekuriti makanan negara akan terancam apabila petani dan penternak tidak dapat bersaing dengan pembekal luar, jadi kerajaan perlu maklumkan solusi apa yang boleh menjamin kelangsungan pemain tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan memansuhkan keperluan AP terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta adalah untuk memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Katanya, dengan pemansuhan keperluan berkenaan, sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini sebagai satu daripada usaha menangani isu keselamatan negara.

Dalam pada itu, Arifin menegaskan kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada sekuriti makanan dengan membuat dasar yang memberi kelebihan kepada semua rantaian pembekalan makanan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button