Berita UtamaDunia

India hantar 2,000 tan metrik gandum lagi ke Afghanistan

Guna laluan Wagah di Pakistan bagi tujuan bantuan kemanusiaan

NEW DELHI, 20 Syawal 1443H, Sabtu – India menghantar 2,000 tan metrik gandum ke Afghanistan sebagai bantuan kemanusiaan menggunakan laluan darat di sempadan Attari-Wagah, Pakistan, semalam.

Pesuruhjaya Kastam, Rahul Nangare berkata, India sebelum ini berjanji menyediakan 50,000 tan metrik gandum ke Afghanistan.

“Sebelum ini 10,000 tan metrik gandum telah selamat dihantar di Afghanistan selepas berdepan krisis makanan yang kritikal.

“Daripada baki 40,000 tan metrik, hari ini kami hantar 2,000 tan metrik lagi,” katanya.

Awal tahun ini, India memberi jaminan untuk menghantar 50,000 tan metrik gandum sebagai bantuan kemanusiaan ke Afghanistan melalui jalan darat menggunakan laluan sempadan Pakistan.

Konsainan pertama bantuan kemanusiaan tersebut pada 26 Februari lalu, sebanyak 2,500 tan metrik gandum berjaya dihantar melalui Jalalabad, Pakistan.

Konvoi kedua pula berjaya dilakukan pada 3 Mac dengan membawa masuk sebanyak 2,000 tan metrik.

Manakala bantuan ketiga dan keempat masing-masing sebanyak 2,000 tan metrik adalah pada 8 dan 15 Mac lalu.

Pada November 2021, kerajaan Pakistan meluluskan kebenaran khas menggunakan pengangkutan yang membawa bekalan gandum dan peralatan perubatan sebagai bantuan kemanusiaan dari India ke Afghanistan.

Bantuan berkenaan menggunakan laluan sempadan Wagah di Pakistan atas dasar yang luar biasa dengan tujuan kemanusiaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button