Berita Utama

MetMalaysia keluar nasihat Lekukan Tropika

KUALA LUMPUR, 20 Syawal 1443H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Nasihat Lekukan Tropika yang dikesan pada Latitud 17.4 Utara dan Longitud 98.0 Timur, kira-kira 474 kilometer (km) dari barat laut Bangkok, Thailand.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini memaklumkan, ribut itu bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan 7 km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 60km/j.

Menurut MetMalaysia, jarak lekukan tropika itu dengan bandar terdekat ialah kira-kira 1,243 km dari utara Pulau Langkawi, Kedah dan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button