Dunia

Perancis umum pembentukan kerajaan baharu

Kerajaan baharu punyai 27 anggota dengan 17 kementerian

PARIS, 20 Syawal 1443H, Sabtu – Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat melantik barisan menteri baharu negara itu, lapor Xinhua.

Secara keseluruhan, kerajaan baharu itu mempunyai 27 anggota dengan 17 kementerian, enam perwakilan kementerian dan empat setiausaha negara.

Beberapa menteri dari kerajaan terdahulu sekali lagi dilantik sebagai menteri tetapi memegang portfolio baharu.

Macron melantik Elisabeth Borne sebagai Perdana Menteri Perancis pada 16 Mei.

Kerajaan baharu akan mengadakan mesyuarat Kabinet pertamanya di Elysee pada 23 Mei, lapor stesen penyiaran berita Perancis BFMTV. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button