Berita Utama

Filipina sahkan jangkitan tempatan kes varian Delta

Sampel daripada rakyat yang baru pulang dari luar negara

MANILA, 13 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Jabatan Kesihatan Filipina pada Khamis mengesahkan negara ini mula mengesan kes jangkitan tempatan membabitkan varian Delta.

“Hasil analisis filogenetik yang dilakukan Pusat Genom Filipina, Universiti Filipina dan Biro Epidemiologi Kementerian Kesihatan mendapati kini terdapat kes tempatan membabitkan varian Delta,” kata DOH dalam satu kenyataan.

Menurut Xinhua, Filipina telah mengesan 47 kes varian Delta di negara ini setakat ini, lapan adalah kes aktif manakala tiga pesakit meninggal dunia.

Filipina pertama kali mengesan varian Delta melalui sampel yang diambil daripada rakyatnya yang baru pulang dari luar negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button