Dunia

Cacar monyet berkait hubungan sejenis?

Kebanyakan pesakit dijangkiti golongan lelaki, mungkin secara seksual

GENEVA, 21 Syawal 1443H, Ahad – Cacar monyet kini sudah merebak jauh lebih cepat daripada biasa dengan lebih 140 kes disahkan serta disyaki dikesan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Oceania.

Kes pertama dikesan di United Kingdom (UK) pada 7 Mei, dan jumlah kes meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua hari lalu – daripada sembilan jangkitan pada 18 Mei kepada 20 kes kelmarin.

Kes cacar monyet kini tersebar di seluruh Amerika Syarikat (AS), Australia, Sepanyol, Itali, Jerman, Portugal dan Sweden – di mana jumlah negara bertambah setiap hari.

Perkara yang membimbangkan pakar kesihatan bahawa wabak berkenaan tidak berhubung jelas antara satu sama lain dengan pesakit.

Mereka yang dijangkiti tidak pernah mengembara ke negara yang mempunyai penyakit endemik itu seperti Republik Demokratik Congo, Nigeria atau Cameroon, malah tidak juga berhubung dengan mereka yang mengembara ke bahagian barat serta tengah Afrika.

Namun, berdasarkan pemerhatian pakar kesihatan awam, kebanyakan pesakit yang dijangkiti adalah golongan lelaki.

Bagaimanapun, pakar mendakwa ia bukan bermakna dunia sedang berdepan jenama baharu cacar monyet – yang hanya menjangkiti lelaki atau menular secara seksual melalui hubungan sejenis.

Buat masa ini, pakar berpandangan banyak perhatian kepada fakta bahawa kebanyakan pesakit cacar monyet dikesan di luar Afrika baru-baru ini, membabitkan lelaki.

Pakar penyakit berjangkit di London School of Hygiene berkata, pihaknya perlu segera mengesan sama ada sedang wujud versi cacar monyet yang merebak melalui cara baharu.

Biasanya cacar monyet merebak melalui kontak sangat rapat kerana ia boleh dijangkiti pada permukaan, seperti tempat tidur, pakaian atau sentuhan kulit ke kulit.

“Anda boleh bayangkan bahawa seorang wanita tinggal di rumah sama, berkongsi peralatan yang berpotensi dijangkiti, namun kita tidak melihat keadaan itu setakat ini.

“Itulah yang membuatkan kita curiga bahawa kemungkinan ia berjangkit secara seksual, dan jika ya maka itu tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button