Berita Utama

i-Guru minta siasat kejadian murid makan bersila di lantai

Elak tanggapan serta persepsi negatif pelbagai pihak

BANGI, 21 Syawal 1443H, Ahad – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) kesal dengan kes tular di media sosial berkenaan sekumpulan pelajar sebuah sekolah duduk dan makan di atas lantai tanpa sebarang alas.

Presiden i-Guru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, siasatan perlu dilakukan bagi mengetahui kebenaran dan mengelak tanggapan serta persepsi negatif oleh pelbagai pihak.

“Jika benar berlaku, ia amat dikesalkan dan tidak sepatutnya terjadi.

“Mungkin pihak sekolah boleh menyediakan alas tikar untuk murid duduk bersila supaya nampak tertib serta enak dipandang,” sarannya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak sekolah juga sepatutnya menyediakan tempat makan yang sesuai dan bersih kepada murid.

“… malah tak wajar diperlakukan sebegitu terutama ketika sambutan Hari Guru sedangkan tetamu kenamaan disediakan meja makan khusus,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar menunjukkan sekumpulan murid duduk bersila di atas lantai sambil makan dipercayai ketika sambutan Hari Guru sehingga mengundang kemarahan warganet.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button