Dunia

Pemuda Palestin parah ditembak pelampau Yahudi

Rejim haram henti pembinaan 6 rumah di Salfit konon tiada permit

RAMALLAH, 21 Syawal 1443H, Ahad – Seorang pemuda Palestin parah ditembak peneroka bersenjata Israel di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah, di Baitulmaqdis pada petang Sabtu. 

Menurut saksi, peneroka haram Yahudi yang bersenjatakan senapang itu melepaskan tembakan ke arah mangsa dan menyebabkan pemuda berkenaan cedera di bahagian perut.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika penduduk Palestin di kawasan kejiranan cuba menghalang serangan sekumpulan peneroka pelampau. 

Bagaimanapun, setakat ini keadaan mangsa masih belum diketahui. 

Sementara itu, dalam insiden berasingan di Tebing Barat, pihak berkuasa pendudukan Israel mengarahkan pembinaan enam rumah penduduk Palestin di kampung Kafr Al-Dil di wilayah Salfik dihentikan.

Pihak berkuasa Salfit dalam kenyataan mendakwa bahawa pasukan tentera mengarahkan pembinaan enam rumah dan sebuah premis kedai di kampung itu dihentikan, kononnya atas alasan tidak mempunyai permit. 

Israel jarang mengeluarkan permit pembinaan untuk rakyat Palestin, meskipun bagi membina rumah di tanah sendiri atau memperbesarkan rumah sedia ada terutamanya di Kawasan C, yang membentuk 60 peratus Tebing Barat diduduki. 

Permit bangunan dikenakan pada harga yang mahal dan tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Palestin, sekali gus membuka ruang Israel merampas lebih banyak tanah dan mengusir penduduk Palestin.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button