Dunia

Penyampai TV ingkar arahan Taliban tak pakai burqa

'Bimbang jika tutup muka, mereka akan diarah berhenti kerja'

KABUL, 21 Syawal 1443H, Ahad – Penyampai berita wanita di saluran televisyen terkemuka Afghanistan ingkar dengan arahan Taliban yang mewajibkan mereka menutup seluruh muka ketika bertugas.

Awal bulan ini, pemimpin tertinggi Afghanistan, Hibatullah Akhundzada mengeluarkan dekri supaya wanita di negara itu memakai burqa apabila berada di tempat awam.

Menteri Dalam Negeri, Sirajuddin Haqqani berkata, pemakaian burqa adalah mewujudkan persekitaran bermaruah bagi kaum wanita.

Kementerian Promosi Kebajikan dan Pencegahan Maksiat turut mengarahkan penyampai televisyen wanita mematuhi arahan itu bermula Sabtu.

Sebelum ini, mereka hanya diwajibkan untuk bertudung.

Bagaimanapun, penyiar TOLOnews, Shamshad TV dan 1TV menyiarkan program secara langsung pada Sabtu dengan wajah penyampai wanita kelihatan seperti biasa.

“Rakan sekerja kami bimbang jika mereka menutup muka mereka, perkara seterusnya yang mereka akan diberitahu ialah berhenti bekerja.

“Itulah antara sebab mereka tidak mematuhi arahan itu setakat ini,” kata ketua berita TV Shamshad, Ebid Ehsas. 

Difahamkan, arahan itu menyebabkan ramai wartawan wanita meninggalkan Afghanistan sejak Taliban mengeluarkan perintah ketat setelah berkuasa.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button