Berita UtamaDunia

Arab Saudi larang penduduk kunjungi 16 negara

Tiada kes cacar monyet dicatatkan setakat ini

RIYADH, 22 Syawal 1443H, Isnin – Arab Saudi melarang penduduknya mengunjungi 16 negara susulan lonjakan kes COVID-19 sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Antaranya termasuk Lubnan, Syria, Turki, Iran, Afghanistan, Yaman, Somalia, Ethiopia, Republik Demokratik Congo, Libya, Indonesia, India, Vietnam, Armenia, Belarus dan Venezuela.

Setakat ini, larangan itu terpakai kepada warga Arab Saudi yang ingin melancong ke negara-negara berkenaan.  

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi memberi jaminan setakat ini sifar kes cacar monyet  di negara itu.  

Timbalan Menteri Kesihatan, Abdullah Asiri berkata, kerajaan mempunyai keupayaan untuk memantau sebarang kes cacar monyet termasuk melawan jangkitan jika ada kes baharu muncul. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button