Berita UtamaDunia

Hukuman penjara 5 tahun kepada 6 warga Palestin lolos dari penjara

Mahkamah Israel turut kenakan denda AS$1,500

BAITULMAQDIS, 22 Syawal 1443H, Isnin – Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada enam tahanan Palestin kerana menggali terowong keluar dari kemudahan penjara dengan keselamatan maksimum tahun lalu.

Hukuman lima tahun itu akan ditambah kepada tempoh penjara yang telah dijalani oleh tahanan.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan – yang dikendalikan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) – dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa mahkamah juga mengenakan denda 5,000 shekel (AS$1,500) kepada mereka.

Selain itu, lima tahanan lain yang didakwa membantu enam tahanan berkenaan melarikan diri dijatuhi hukuman tambahan penjara empat tahun.

Enam tahanan itu melarikan diri dari sel di Penjara Gilboa dengan keselamatan tinggi di utara Israel pada September 2021.

Mereka ditahan semula beberapa hari kemudian.

Lima daripada mereka yang ditahan adalah anggota kumpulan Jihad Islam, manakala seorang lagi merupakan anggota gerakan Fatah Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Kejayaan keenam-enam tahanan itu melarikan diri menyebabkan perkhidmatan penjara Israel dikritik dan mendorong kerajaan untuk melancarkan siasatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button