Berita UtamaDunia

Cacar Monyet: Belanda rekod 6 kes, Maghribi 3 kes

Libatkan pengunjung festival Darkland dan lelaki yang mengadakan hubungan sejenis

THE HAGUE, 23 Syawal 1443H, Selasa – Bilangan kes cacar monyet yang menjangkiti manusia meningkat kepada enam di Belanda, umum Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar (RIVM) pada Isnin.

Kes pertama disahkan pada Jumaat lepas, lapor Xinhua.

“Sebahagin kes melibatkan pengunjung yang menghadiri festival Darkland di Belgium dan terdiri daripada lelaki yang mengadakan hubungan sejenis,” menurut RIVM.

RIVM meminta kontak rapat untuk melakukan kuarantin kendiri dan vaksinasi hanya akan ditawarkan di Perkhidmatan Kesihatan Perbandaran kepada mereka yang berisiko tinggi dijangkiti.

Sementara itu, Maghribi semalam turut mengesan tiga kes yang disyaki melibatkan jangkitan cacar monyet.

Ketiga-tiga kes itu kini dalam pemantauan dan pesakit berada dalam keadaan sihat serta telah melalui analisis perubatan, menurut Kementerian Kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini telah mengesahkan kes cacar monyet di 12 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Britain, Sepanyol, Portugal, Jerman, Belgium, Itali, Belanda, Perancis dan Sweden.

Kes berkenaan tidak termasuk 21 negara di benua Afrika yang penyakit itu sudah pun dianggap endemik. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button