Berita Utama

Penternak beri jaminan bekalkan ayam untuk pasaran tempatan

12 pemain industri duduk semeja bincang termasuk isu subsidi ayam

BANGI, 23 Syawal 1443H, Selasa – Sebanyak 12 pengeluar ayam berjanji untuk memberikan komitmen terus membekalkan ayam bagi keperluan pasaran tempatan.

Jaminan berkenaan diberikan oleh 12 pemain industri dan persatuan penternak melalui sesi libat urus yang diadakan bersama pihak industri.

Antaranya Leong Hup Poultry Farm Sdn Bhd, HLRB Broiler Farm Sdn Bhd, PWF Corporation Bhd, Federation of Livestock Farmers’ Association of Malaysia (FLFAM) dan Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) .

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kementerian mengambil maklum semua isu-isu yang telah dibangkitkan.

Ia termasuk peningkatan kos pengeluaran ayam, masalah kenaikan berat badan ayam, jangkitan penyakit, keadaan cuaca, proses Kebenaran Merancang (KM) dan sebagainya yang antara lain telah menjejaskan operasi.

“Isu-isu berkaitan dengan pemberian subsidi ayam melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) kepada penternak juga telah dibincangkan.

“DVS akan terus mempermudah dan mempercepatkan proses tuntutan subsidi penternak ayam bagi merancakkan aktiviti pengeluar makanan ke arah meningkatkan pengeluaran domestik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kerajaan pada masa sama telah menetapkan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 per kilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button