Berita UtamaDunia

Turki lancar operasi ketenteraan baharu perangi pengganas

Wujudkan zon selamat di sepanjang sempadan Turki-Syria

ANKARA, 23 Syawal 1443H, Selasa – Turki akan melancarkan operasi ketenteraan baharu di sempadan selatan negara itu bagi memerangi ancaman pengganas.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, sasaran utama operasi ketenteraan adalah untuk mewujudkan zon selamat di 30 kilometer sepanjang sempadan Turki-Syria.

“Kita mengambil langkah baharu dengan membentuk zon selamat pada keluasan 30 kilometer di sepanjang sempadan selatan negara ini.

“Sasaran utama operasi ketenteraan adalah kawasan yang menjadi pusat serangan dan zon selamat,” katanya dalam sidang khas menerusi televisyen selepas mengetuai mesyuarat Kabinet, semalam.

Erdogan bagaimanapun tidak menjelaskan butiran lanjut tetapi berkata, operasi ketenteraan akan dilancarkan secepat mungkin apabila pasukan ketenteraan, perisik dan keselamatan negara menyiapkan persiapan.

Turki yang terletak bersempadan Syria dan Iraq di bahagian selatan telah berusaha menghapuskan pangkalan pengganas yang sedia ada.

Sejak 2016, Turki telah melancar trio operasi ketenteraan bagi memerangi keganasan di seluruh sempadan di utara Syria.

Antara operasi ketenteraan yang berjaya dibentuk termasuklah Eupharates Sheild pada 2016 diikuti Olive Branch pada 2018 dan Peace Spring pada 2019.

Dalam kempen keganasan lebih daripada 40 tahun di negara tersebut, PKK telah disenaraikan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah – yang bertanggungjawab terhadap lebih 40,000 kematian penduduk termasuk wanita dan kanak serta bayi yang tidak bersalah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button