Berita Utama

UMNO Johor tak pernah tolak Onn Hafiz sebagai MB

Sokongan penuh diberikan kepada beliau jalankan tugas

PASIR GUDANG, 23 Syawal 1443H, Selasa – UMNO Johor tidak pernah menolak pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor yang ke-19 untuk menggantikan Datuk Hasni Mohammad selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata sokongan penuh diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu untuk menjalankan tugas beliau.

“Kita akan berikan sokongan penuh kerana yang penting kerajaan negeri yang ada (adalah) kerajaan negeri yang mampu melaksanakan tanggungjawab dan berkesan, dan itulah yang memerlukan sokongan daripada UMNO,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga bekas Menteri Besar Johor itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya sebelum ini terdapat penolakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Johor kepada pelantikan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor.

Onn Hafiz, 43, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Machap pada PRN lepas dengan majoriti 6,543 undi, dilantik sebagai Menteri Besar pada 15 Mac lepas, susulan kemenangan BN melebihi dua pertiga majoriti pada PRN itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button