Dunia

Kejam! Pengganas Israel tembak mati remaja Palestin di Tebing Barat

Gaith Yamin parah di kepala disah meninggal dunia di hospital

BAITULMAQDIS, 24 Syawal 1443H, Rabu – Seorang remaja Palestin berusia 16 tahun meninggal dunia awal hari ini selepas parah ketika pertempuran dengan tentera pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Gaith Yamin cedera akibat ditembak di kepala dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Agensi berita Wafa melaporkan, pertempuran tercetus apabila penganut Yahudi diiringi tentera tiba di sebuah kuil di pinggir bandar Nablus untuk bersembahyang.

Sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin cedera akibat tembakan tentera ketika pertempuran berhampiran Makam Joseph.

Sesetengah orang Yahudi percaya Joseph dikebumikan di tapak itu, manakala orang Palestin mengatakan tapak berkenaan adalah kubur seorang Sheikh.

Minggu depan, ultranasionalis Israel merancang untuk berarak melalui laluan utama umat Islam di Old City bagi meraikan kejayaan Israel menawan Baitulmaqdis dalam perang Timur Tengah 1967.

Keadaan di wilayah itu berterusan tegang selepas wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Akleh dibunuh ketika pertempuran di Jenin.

Ini termasuk rancangan Israel memperluaskan jajahannya di Tebing Barat melalui pembinaan penempatan haram dan tindakan agresif pasukan pendudukan ke atas penduduk Palestin setiap hari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button