Dunia

Tedros dilantik semula ketuai WHO untuk penggal ke-2

Satu-satunya ketua pengarah tiada kelayakan doktor perubatan

LONDON, 24 Syawal 1443H, Rabu – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dilantik semula untuk penggal kedua selama lima tahun oleh negara anggota agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Tiada calon lain yang mencabar Tedros bagi jawatan berkenaan, di tengah-tengah kesukaran berterusan ekoran wabak pandemik COVID-19.

Sambil menahan sebak dan terharu, Tedros menyifatkan dirinya sebagai ‘anak perang’ selepas menandatangani kontrak lanjutan jawatan itu.

“Ini sangat menggembirakan,” katanya ketika berucap ringkas selepas pelantikan itu.

Beliau berkata bahawa kematian adik lelakinya di awal usia telah membawa tuahnya ke WHO.

Tedros – bekas menteri kerajaan dari Ethiopia – telah mengetuai WHO sepanjang pengurusan mengenai tindak balas global terhadap COVID-19 dan berdepan pelbagai kritikan dalam mengendalikan pandemik itu.

Beliau adalah orang Afrika pertama yang mengetuai agensi itu dan satu-satunya ketua pengarah yang tiada kelayakan sebagai doktor perubatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button