Berita Utama

Video banjir di KL Sentral kejadian lama: DBKL

Situasi semasa lokasi banjir sentiasa dikemaskini

BANGI, 24 Syawal 1443H, Rabu – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan satu hantaran di aplikasi TikTok mengenai kejadian banjir yang tular di media sosial sejak semalam.

DBKL dalam kenyataan hari ini menegaskan bahawa hantaran yang tular itu adalah daripada video kejadian lama.

Katanya, sehingga jam 2 petang hari ini, tidak berlaku banjir di kawasan KL Sentral seperti yang digambarkan dalam video berkenaan.

“… dan para petugas DBKL sentiasa bersiap siaga di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti bagi memastikan kelancaran trafik serta memastikan kejadian air bertakung dapat dipulihkan dengan segera.

“DBKL juga sentiasa mengemaskini situasi semasa di media sosial termasuk memaklumkan lokasi-lokasi kejadian banjir kilat terkini,” katanya.

Terdahulu, beberapa jalan di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi ini.

Antara jalan terlibat adalah Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Baru dan Jalan Ampang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button