Berita Utama

KPM sambung kontrak guru interim setahun lagi

Membolehkan urusan temu duga dan lantikan tetap ikut syarat SPP

BANGI, 25 Syawal 1443H, Khamis – Kontrak perkhidmatan guru interim lantikan tahun 2019 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dilanjutkan setahun lagi.

Lanjutan kontrak adalah untuk membolehkan urusan temu duga dan lantikan tetap guru-guru berkenaan yang telah memenuhi syarat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Bagi guru interim lantikan sebelum tahun 2019, mereka juga hendaklah memastikan syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi.

“Langkah berkenaan bagi membolehkan perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temuduga dan lantikan tetap.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” kata KPM dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini pelbagai pihak menggesa KPM memberi keutamaan kepada guru interim terlatih untuk ditempatkan ke perjawatan tetap demi kelangsungan sistem pendidikan negara.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) juga berharap KPM dapat mengambil langkah proaktif dan konstruktif untuk menyelesaikan nasib guru interim.

Ia demi kelangsungan sistem pendidikan negara terutama dalam membina dan melahirkan pelajar yang cerdas serta cerdik.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button