Dunia

Indonesia benar vaksin Sinovac untuk individu 12 tahun ke atas

Sasar beri suntikan kepada 1.3 juta individu pada bulan Julai

JAKARTA, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan proses vaksinasi COVID-19 bagi individu berusia 12 tahun hingga 17 tahun akan segera dimulakan tidak lama lagi.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah Agensi Makanan dan Ubat Negara (BPOM) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Sinovac Biotech untuk  individu berusia 12 tahun. 

Dalam satu kenyataan, Jokowi berkata, BPOM telah membenarkan penggunaan kecemasan untuk vaksin keluaran China itu dan menyasarkan proses vaksinasi dapat disegerakan. 

“Jadi vaksinasi untuk kanak-kanak pada usia itu dapat dimulakan dengan segera,” katanya. 

Pada masa sama, beliau turut menyatakan keupayaan negara memberi suntikan vaksinasi kepada 1.3 juta orang, berbanding sasarannya seramai sejuta individu mulai Julai. Kadar pemberian vaksin pada bulan Jun adalah sebanyak 700,000 dos sehari. 

Jokowi turut menyasarkan sasaran dua juta individu divaksinasi setiap hari pada bulan Ogos. 

Indonesia berdepan lonjakan kes jangkitan COVID-19 dalam beberapa minggu terakhir dan mencatat rekod baharu dengan lebih 21,000 kes sehari pada hujung minggu. 

Peningkatan mendadak itu dipercayai berpunca daripada sikap kebanyakan rakyatnya yang ingkar dengan larangan perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri pada Mei, dengan pulang ke kampung dan pergi ke tempat pelancongan. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button