Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Warga emas, kanak-kanak antara 26 ditangkap pengganas Israel

Tentera terus agresif serbu, cetus kekacauan di Tebing Barat

RAMALLAH, 25 Syawal 1443H, Khamis – Tentera pengganas Israel menahan 26 rakyat Palestin termasuk seorang lelaki berusia 60 tahun dan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak bawah umur, dalam serbuan besar-besaran di seluruh Tebing Barat semalam.

Menurut sumber tempatan dan keselamatan, tentera Israel menangkap seorang warga Palestin selepas menceroboh dan menggeledah rumah keluarganya di bandar Silwad, Ramallah.

Tentera pengganas turut menangkap seorang lagi selepas menggeledah rumah keluarga mangsa di bandar Ramallah.

Di daerah Nablus, askar bersenjata api menyerbu sebuah rumah di bandar Huwara dan menangkap semula seorang bekas tahanan Palestin.

Daerah itu baru-baru ini menjadi tempat konfrontasi dengan pendudukan Israel – di bawah perlindungan tentera – yang menyerbu bandar berkenaan bagi menaikkan bendera Israel dan menurunkan bendera Palestin pada tiang elektrik di jalan utama.

Di tempat utara Tebing Barat, tentera Israel menahan enam yang lain termasuk seorang lelaki berusia 60 tahun selepas menceroboh rumah mereka di bandar Qalqiliya.

Di daerah Jenin, tentera yang mengawal pos pemeriksaan Ya’bad – turut dikenali sebagai Mevo Dotan – menahan tiga warga Palestin termasuk seorang bekas tahanan.

Di selatan Tebing Barat, tentera lengkap bersenjata menceroboh beberapa rumah di bandar Sa’ir sehingga mencetuskan kekacauan, selain menahan sembilan yang lain termasuk tiga bapa bersama anak-anak mereka yang masih kecil.

Tentera pengganas turut melakukan serbuan sama di bandar Yatta, selatan Hebron dan menahan dua yang lain.

Sumber mengesahkan, serbuan turut berlaku di Bani Na’im dan menyebabkan penahanan tiga penduduk Palestin termasuk dua beradik.

Petang semalam, tentera menangkap seorang lagi penduduk Palestin di Masafer Yatta di selatan Tebing Barat kerana tindakan biadap peneroka Yahudi.

Polis Israel turut menahan seorang pengawal Wakaf yang juga mempunyai penyakit kronik selepas memukul mangsa di sekitar Bab al-Amoud.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button