Berita Utama

Cacar monyet: 3 kes disyaki, 2 disahkan cacar air, HFMD

Virus tidak bermutasi secepat wabak COVID-19: Dr Noor Hisham

BANGI, 26 Syawal 1443H, Jumaat – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan tiada kes cacar monyet dilaporkan di Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat tiga kes yang disyaki, tetapi dua daripadanya disahkan cacar air serta penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Penyebaran antara manusia memerlukan kontak rapat yang berpanjangan, mengehadkan potensi penularan dalam komuniti.

“Ia tidak bermutasi secepat wabak COVID-19,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Menerusi kemas kini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikongsikan bertarikh 20 Mei lalu menjelaskan, tempoh pengeraman virus cacar monyet adalah antara lima hingga 21 hari.

Jangkitan virus itu akan hilang sendiri iaitu dalam masa dua hingga tiga minggu.

Simptom cacar monyet boleh menjadi ringan hingga teruk dan ruam yang timbul pada kulit boleh menjadi sangat gatal serta menyakitkan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button