Dunia

Iraq lulus RUU tolak hubungan dengan negara haram Israel

Rang undang-undang dilulus sebulat suara dalam sidang semalam

BAGHDAD, 26 Syawal 1443H, Jumaat – Ahli Parlimen Iraq semalam mengundi untuk meluluskan rang undang-undang mengenai pengharaman hubungan dengan negara pengganas Israel.

Dalam satu kenyataan, pejabat media Parlimen berkata, sidang itu meluluskan rang undang-undang yang menjenayahkan normalisasi hubungan dengan entiti Zionis berkenaan.

Menurut agensi berita negara INA, rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara ketika sesi persidangan semalam.

Iraq pertama kali mengadakan sesi persidangan mengenai cadangan itu pada 11 Mei lalu.

Iraq tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel dan kerajaan serta kebanyakan kuasa politik enggan menormalisasi hubungan dengan negara haram itu.

Jordan, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai hubungan diplomatik dengan negara pendudukan termasuk Sudan, Bahrain serta Maghribi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button