Berita Utama

Kanak-kanak perempuan maut dilanggar bas sekolah di Sepang

Mangsa dilanggar ketika ekori kakaknya yang keluar untuk menaiki bas

PUTRAJAYA, 26 Syawal 1443H, Jumaat – Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan maut selepas dilanggar sebuah bas sekolah di hadapan rumahnya di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mangsa dipercayai dilanggar ketika mengekori kakaknya yang keluar dari rumah untuk menaiki bas itu dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari.

“Kakak mangsa tidak menyedari yang adiknya itu mengekorinya yang ingin menaiki bas… apabila bas bergerak mangsa didapati berada di bawah bas berkenaan.

Mangsa telah dibawa keluar dari bawah bas oleh kakaknya dan telah mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian di badan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Salak di Sepang dan disahkan meninggal dunia.

“Mangsa telah di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya menambah kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button