Berita Utama

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Wan Junaidi

Atas pemergian isterinya Datin Seri Feona Sim semalam

KUALA LUMPUR, 27 Syawal 1443H, Sabtu – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pemergian isterinya Datin Seri Feona Sim @ Norjanah semalam.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini.

Allahyarhamah Feona yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching, Sarawak pada pukul 6 petang semalam.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), pada 9 Sept 1972 dan dikurniakan tiga anak perempuan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button