Berita UtamaPendapat

Bumi berputar pantas

AI benar Deep Blue, AlphaGoZero, Watson kalahkan juara dunia

1. PERKEMBANGAN teknologi yang berkembang amat pantas sangat menakutkan kerana manusia mencipta sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu akibatnya.

2. Sebagai contoh mudah, kuasa komputer memproses data telah meningkat secara exponential sejak 50 tahun lepas dan corak ini pasti akan berterusan.

3. Pakar teknologi menjangkakan pada tahun 2050, hanya AS$1,000 diperlukan untuk membeli komputer yang memiliki kapasiti memproses data yang lebih pantas dan hebat berbanding jumlah kapasiti semua otak manusia di atas muka bumi

4. Hanya 30 tahun dahulu, 5,000 buah komputer meja (desktop) diperlukan untuk menyamai kuasa pemprosesan iPad Air. Hari ini, kuasa pemprosesan yang dimiliki oleh telefon pintar di tangan kita sebenarnya lebih hebat dari sistem Apollo Guidance Computer yang telah berjaya menghantar manusia pertama ke bulan pada tahun 1969.

5. Kapasiti yang tinggi ditambah dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) membolehkan komputer mengalahkan juara dunia dalam permainan catur (Deep Blue), permainan Go (AlphaGoZero) dan kuiz Jeopardy (Watson).

6. Setelah tiada manusia yang mampu mengalahkan komputer-komputer ini, mereka terus bertanding dengan ‘diri sendiri’ dan meningkatkan kemahiran bermain jauh melangkaui apa yang mampu dibayang oleh imaginasi kita.

7. Lebih menakutkan, kemajuan teknologi yang lebih berkuasa boleh muncul dalam bentuk baharu yang amat tidak dijangka. Jika ditanya apa yang masa depan akan janjikan, anda mungkin akan terfikirkan komputer dan data komunikasi yang semakin pantas.

8. Jangkaan anda mungkin meleset. Sama seperti suatu ketika dulu ketika manusia menjangkakan teknologi pengangkutan menggunakan kereta kuda akan berkembang menjadi lebih kuat dan laju. Ford akhirnya mencipta sesuatu di luar imaginasi manusia, iaitu kereta!

Ir. Ts. Lukman Al Hakim

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button