Pendapat

Semut pun ada arahan PKP

Pelajari kisah semut selamatkan diri daripada kebinasaan

1. PERHATIKAN bagaimana Allah mengabadikan kisah semut yang berusaha menyelamatkan ahli dari ditimpa kebinasaan. Firman Allah:

قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ

“Berkatalah seekor (ketua) semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke dalam sarang kamu (agar kamu tidak ditimpa kebinasaan). (Surah al-Naml: 18)

2. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, ayat ini menunjukkan mesej yang jelas betapa arahan yang dikeluarkan oleh semut itu adalah bagi memelihara kaum (jenisnya) agar tidak dibinasa. Kata Ibn al-Qayyim:

ثم أخبرت عن سبب هذا الدخول وهو خشية أن يصيبهم معرة الجيش

“Kemudian ayat ini menerangkan sebab mereka diarahkan masuk ke dalam sarang adalah kerana takut ditimpa kemaraan tentera Sulaiman (yang dibimbangi boleh membinasakan mereka).

3. Melalui ayat ini juga Sheikh Sayyid Qutb menjelaskan bagaimana teraturnya urusan semut dalam menjaga komunitinya. Kata Sayyid Qutb:

ومملكة النمل كمملكة النحل دقيقة التنظيم تتنوع فيها الوظائف

“Dan kerajaan semut adalah seperti pemerintahan lebah, mereka sangat halus dan teliti dalam sistem pentadbiran serta pembahagian tugas.

4. Ayat ini mendidik kita agar bersama mempelajari dari kisah semut yang berusaha bersama menyelamatkan diri mereka dari kebinasaan. Begitulah juga dalam musim PKP ini, hendaklah kita patuh pada arahan serta SOP yang telah disusun teratur dan teliti oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button