Berita UtamaDunia

Jepun buka pintu sempadan kepada pelancong dunia mulai 1 Jun

Had ketibaan pelancong asing ditingkat kepada 20,000 sehari

TOKYO, 27 Syawal 1443H, Sabtu – Selepas dua tahun menutup pintu sempadan, Jepun akhirnya membukanya kepada pelancong mulai 1 Jun.

Sekatan perjalanan dilonggarkan bagi tujuan pelancongan dan perniagaan dengan menaikkan had ketibaan kepada 20,000 sehari bermula 1 Jun ini.

Bagaimanapun, sejak pertengahan Mac lalu pelajar antarabangsa telah dibenarkan untuk memasuki negara ini.

Kementerian Luar Jepun memaklumkan, bermula 10 Jun depan, kumpulan pelancong dari hampir 100 negara dan wilayah termasuk United Kingdom (UK) dibenarkan memasuki Jepun.

Semua negara berkenaan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu zon merah, kuning dan biru – yang boleh menentukan sama ada pelancong perlu menjalani kuarantin atau tidak.

Jepun menutup pintu sempadan pada 2020 berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekali gus menjejaskan industri pelancongan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Interpid Travel, Zina Bencheikh berkata, pihaknya tidak sabar menunggu kehadiran pelancong yang akan tiba dalam masa terdekat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button