Dunia

Korban bangunan runtuh di Iran cecah 22 orang

Pihak berkuasa tutup bangunan berdekatan berisiko runtuh

TEHRAN, 27 Syawal 1443H, Sabtu – Angka kematian insiden bangunan runtuh di wilayah Khuzestan di barat daya Iran meningkat kepada 22 orang setakat semalam, sementara 48 lagi dapat diselamatkan.

Gabenor bandar Abadan, Ihsan Abbasipur berkata, jumlah mangsa cedera akibat runtuhan bangunan pusat perniagaan 10 tingkat yang sedang diselenggara itu mencecah 37 orang.

Usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan mereka masih terperangkap di bawah bangunan yang runtuh pada Isnin lalu, menurut Bulan Sabit Merah tempatan.

Lebih 150 orang dikatakan berada dalam bangunan komersial Metro Pol di Jalan Amiri yang sibuk ketika runtuh.

Pengerusi Organisasi Pengurusan Krisis, Mohammad Hassan Nami berkata, mereka telah menutup sementara semua bangunan berdekatan yang berisiko runtuh, manakala pasukan penyelamat cuba memasuki ruang bawah tanah melalui terowong yang digali di sekitar bangunan runtuh.

Pada masa sama, pejabat pendakwa raya wilayah turut menahan 11 individu bagi menyiasat punca runtuhan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button