Dunia

Mahkamah Singapura bebaskan rakyat Malaysia atas tuduhan dadah

Ramadass Punnusamy dibebaskan atas sabitan bersalah

SINGAPURA, 27 Syawal 1443H, Sabtu – Dua lelaki yang sebelum ini didapati bersalah kerana mengedar dadah, termasuk seorang rakyat Malaysia, dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Singapura pada Jumaat (27 Mei), lapor media tempatan.

Akhbar The Straits Times melaporkan, panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Sundaresh Menon, membenarkan rayuan warga Singapura, Raj Kumar Aiyachami, 40, atas sabitan bersalah dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Laporan itu turut menyatakan, mahkamah turut membebaskan warga Malaysia, Ramadass Punnusamy,41, atas sabitan bersalah dan hukuman penjara seumur hidup serta 15 sebatan.

Rayuan kedua-dua lelaki itu berkisar terhadap isu sama ada mereka tahu mengenai dadah terbabit, lapor akhbar dalam talian itu.

Pasangan itu dituduh berkait dengan sebuah beg dadah mengandungi tidak kurang daripada 1.875 kanabis.

Memetik peguam Ramadass, Eugene Thuraisingam, laporan itu menyatakan, pas sementara untuk Ramadass berkemungkinan sedang diaturkan oleh Pihak Berkuasa Imigresen kerana pas masuknya ke negara itu sudah pun luput. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button