Talian internet, telefon di Gaza beransur pulih
Komunikasi terputus di wilayah terkepung selama empat hari
RAMALLAH, 5 Jamadilakhir 1445H, Isnin – Perkhidmatan telekomunikasi kembali beroperasi di beberapa tempat Semenanjung Gaza pada Ahad selepas terputus selama empat hari.
Syarikat telekomunikasi Jawwal dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan telefon dan internet telah dipulihkan di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza.
“Juruteknik kami melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan perkhidmatan ke semua kawasan di Semenanjung Gaza,” katanya.
Sementara itu, syarikat telekomunikasi Ooredoo mengesahkan penyambungan semula perkhidmatan telekomunikasi selepas terputus sejak Khamis.
Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza kononnya sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lepas, membunuh sekurang-kurangnya 18,800 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.
Menurut pihak berkuasa kesihatan di kawasan pinggir laut, sekurang-kurangnya 51,000 yang lain cedera dalam serangan itu.- Agensi