Pendapat

PEMBELA berhasrat anjur Hari Peradaban Bangsa Melayu

Bangkitkan mitovasi, semangat izzah bangsa yang makin luntur

ALHAMDULILLAH, saya baru sahaja berbincang dengan rakan-rakan aktivis NGO-NGO Melayu dari pelbagai latar belakang termasuk persatuan-persatuan silat, busana dan kesenian untuk mengadakan sebuah himpunan bagi membangkitkan semangat izzah bangsa yang semakin hari semakin luntur.

Insya-Allah, kita akan anjurkan Hari Peradaban Bangsa Melayu yang bakal menghimpunkan pencinta-pencinta bangsa untuk menzahirkan kebanggaan dan mengingati kegemilangan bangsa Melayu lampau untuk motivasi masa kini dan hadapan.

Kita akan berjumpa dengan lebih ramai aktivis dan banyak pihak untuk bekerjasama menjayakan program ini nanti Insya-Allah.

Nantikan!

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
28 Mei 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button