Berita Utama

SPP setuju lantik semula 2,683 guru kontrak DG41

Urusan penempatan calon berjaya akan dilaksanakan KPM

BANGI, 27 Syawal 1443H, Sabtu – Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bersetuju melantik semula secara kontrak seramai 2,683 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 yang akan tamat tempoh lantikan Contract of Services (CoS) pada 9 Jun ini.

Ini adalah bagi membolehkan urusan temu duga dan lantikan tetap guru-guru yang telah memenuhi syarat lantikan dilaksanakan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM). 

Pada masa sama, KPM berkata, keputusan temu duga guru CoS bagi pengambilan PPP DG41 secara one-off tahun 2021 telah diumumkan oleh SPP pada 27 Mei lalu.

“Calon boleh menyemak keputusan temu duga melalui portal SPP di pautan www.spp.gov.my.

“Urusan penempatan calon yang berjaya akan dilaksanakan oleh KPM. KPM terus komited untuk melakukan yang terbaik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button