Berita Utama

Tiada MP Bersatu keluar parti selain Zuraida

Zuraida letak jawatan Kabinet dan keluar Bersatu sertai PBM

BANGI, 27 Syawal 1443H, Sabtu – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan ada lagi Ahli Parlimen dari partinya yang akan mengikut jejak langkah Datuk Zuraida Kamaruddin.

Ini selepas Zuraida membuat keputusan meletak jawatan dalam Kabinet dan keluar Bersatu bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Beliau menyangkal laporan mengenai Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar sedangkan beliau bukanlah ahli Bersatu.

“Yang saya maksudkan ialah saya belum dengar MP dari mana-mana parti yang akan menyertai PBM dan saya nak tunggu lihat kalau betul-betul berlaku dulu sebelum jawab soalan yang ditanya. 

“Saya tak suka komen atas spekulasi. Saya juga telah semak dan nama YB Xavier tiada dalam daftar keahlian Bersatu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Atas sebab itu, katanya, beliau tidak memberi komen berbentuk umum tanpa merujuk khusus kepada mana-mana parti.

“Saya tak ada dengar pula bahawa ada MP Bersatu keluar.

“Tulisan yang selain dari petikan sebenar seperti dalam video adalah salah dan petikan kenyataan seharusnya tepat seperti yang sebenarnya disebut,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button