Berita UtamaDunia

Banjir besar di Brazil ragut 35 nyawa

Lebih 700 terpaksa cari tempat perlindungan selamat

BRASILIA, 28 Syawal 1443H, Ahad – Sekurang-kurangnya 35 orang maut akibat hujan lebat di timur laut Brazil dalam kejadian banjir besar keempat di negara Amerika Selatan itu bagi tempoh lima bulan.

Di Pernambuco, sekurang-kurangnya 33 orang maut setakat petang Sabtu –  berlakunya tanah runtuh yang memusnahkan kawasan kejiranan di lereng bukit, menurut akaun Twitter rasmi negeri itu.

765 orang lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu, menurut kerajaan negeri.

Pihak berkuasa di negeri jiran, Alagoas telah mencatatkan dua kematian, menurut perkhidmatan kecemasan persekutuan Brazil.

Pada penghujung Disember dan awal Januari, berpuluh- puluh terbunuh dan puluhan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal apabila hujan melanda negeri Bahia, yang juga terletak di timur laut Brazil.  

Sekurang-kurangnya 18 maut dalam banjir di negeri tenggara Sao Paulo pada Januari lalu. 

Pada bulan Februari, hujan lebat di pergunungan negeri Rio de Janeiro membunuh lebih 230 orang.

Kebanyakan kawasan bandar di Brazil, terutama di kawasan kejiranan Recife, ia dibina di lokasi yang terdedah kepada tanah dan banjir lumpur.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro sedang menyusun pasukan petugas persekutuan untuk dihantar ke Pernambuco, menurut media tempatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button