Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

31 diselamatkan kejadian feri karam di Selat Makassar

Kawasan carian diperluaskan ke 20 batu nautika

JAKARTA, 29 Syawal 1443H, Isnin – Seramai 31 penumpang diselamatkan, manakala 11 lagi masih hilang selepas sebuah feri kehabisan bahan bakar karam dalam cuaca buruk di Selat Makassar, Indonesia, kata seorang pegawai hari ini.

Bot tunda dan nelayan tempatan membawa ramai penumpang yang terselamat ke darat selepas KM Ladang Pertiwi karam ketika berlayar melalui Selat Makassar di wilayah Sulawesi Selatan pada Khamis.

“Sehingga kini 31 orang telah diselamatkan hidup-hidup dan kami masih mencari 11 yang masih hilang.

“Mereka telah pulang ke rumah sekarang dan berada dalam keadaan baik,” kata ketua pasukan mencari dan menyelamat tempatan, Djunaidi.

Katanya, penyelamat sebelum ini mengerahkan helikopter dan memperluaskan kawasan carian ke 20 batu nautika dari lokasi kapal itu karam.

Kapal berkenaan tidak mempunyai permit untuk mengangkut penumpang, katanya, dan kedua-dua kapten serta pemilik kapal telah dibawa untuk disoal siasat.

Kemalangan marin adalah perkara biasa di Indonesia, sebuah kepulauan Asia Tenggara dengan sekitar 17,000 pulau di mana piawaian keselamatan sering longgar.

Minggu lalu sebuah feri yang membawa lebih 800 orang terkandas di perairan cetek di wilayah Nusa Tenggara Timur dan terperangkap selama dua hari sebelum berjaya dibebaskan.

Tiada siapa yang cedera.

Pada 2018 lebih 150 orang mati lemas apabila sebuah feri karam di salah satu tasik paling dalam di dunia di pulau Sumatera. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button