Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Angka kematian akibat hujan lebat di Brazil meningkat kepada 56 orang

4,000 penduduk dipindahkan akibat banjir dan tanah runtuh

RIO DE JANEIRO, 29 Syawal 1443H, Isnin – Angka kematian akibat hujan lebat di negeri timur laut Pernambuco meningkat kepada 56 orang lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa pada Ahad.

Lima puluh enam orang masih hilang dan hampir 4,000 penduduk dipindahkan akibat banjir dan tanah runtuh ekoran hujan lebat, menurut Pertahanan Awam tempatan.

Recife City, ibu negara timur laut Negeri Pernambuco, adalah yang paling terjejas dengan lebih 30 kematian dicatatkan.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dalam ciapan di Twitter berkata, beliau akan melawat Recife pada Isnin untuk meninjau keadaan.

Hujan juga melanda negeri jiran Alagoas, menyebabkan dua orang maut dan kira-kira 7,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat banjir.

Pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan darurat di sembilan majlis perbandaran Pernambuco. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button