Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

KJ dilantik sebagai Naib Presiden Lembaga Eksekutif WHO

Pelantikan tidak pernah berlaku sebelum ini, satu penghormatan besar bagi Malaysia: Dr Noor Hisham

 

PUTRAJAYA, 29 Syawal 1443H, Isnin – Mesyuarat Lembaga Eksekutif ke-151 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif bermula 2022 sehingga 2023 bagi mewakili Rantau Pasifik Barat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan perkara tersebut menerusi hantaran dimuat naik dalam laman sosial Facebook beliau, hari ini.

“Alhamdulilah dan tahniah kepada Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin di atas pelantikan sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif WHO mewakili Wilayah Pasifik Barat (WPR) bagi 2022-2023. Malaysia kini berkhidmat sebagai ahli Lembaga Eksekutif WHO dari 2021 hingga 2024.

“Pelantikan ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan satu penghormatan besar bagi Malaysia. Di tengah-tengah setiap krisis, terdapat peluang besar untuk melakukan perkara yang betul untuk rakyat dan komuniti, di peringkat tempatan dan global.

“Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan untuk memajukan kesihatan awam global,” katanya.

Beliau berkata, sebagai tambahan kepada kepimpinan negara yang kukuh dalam pembedahan yang selamat dan berpatutan, Malaysia akan menyumbang ke arah kejayaan usaha WHO dalam memimpin komuniti antarabangsa.

Usaha itu termasuk bidang yang merangkumi tindak balas COVID-19, inovasi kesihatan digital, penuaan yang sihat dan aktif, isu kesihatan mental, permasalahan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan perubahan iklim. 

“Malaysia berhasrat untuk memperjuangkan keutamaan dan isu bersama penting yang dihadapi oleh komuniti serantau dan global, dengan menjadi suara sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia dan kini Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif WHO.  

“Sebagai solidariti, kami akan membangkitkan isu semasa seperti Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR), ketaksaksamaan vaksin, sistem kesihatan dan semua yang berkait dengan kesiapsiagaan dan tindak balas kesihatan awam global untuk memenangi pertempuran kesihatan awam bersama-sama,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button