Berita UtamaDunia

Arab Saudi, UAE enggan pinjamkan wang kepada Pakistan

Letak syarat perlu peroleh biaya dahulu daripada IMF

RIYADH, 30 Syawal 1443H, Selasa – Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) enggan meminjamkan wang kepada Pakistan selagi belum memperoleh pembiayaan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terlebih dahulu.

Tindakan itu sekali gus memperlihatkan cara negara-negara sekutu melayan negara Asia Selatan itu di tengah-tengah krisis ekonomi.

Berikutan penyingkiran bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, pada April dan pelantikan Shehbaz Sharif ke jawatan itu, Perdana Menteri dan pegawai baharu itu melawat Arab Saudi dan UAE untuk memperbaiki dan memulihkan semula hubungan.  

Bagaimanapun, ramai yang meramalkan ia adalah rundingan mendapatkan pembiayaan daripada negara Teluk tersebut.

Menurut Menteri Kewangan Pakistan, Miftah Ismail, “Kami pergi ke Arab Saudi, Dubai dan dengan negara lain – mereka bersedia untuk memberi wang, tetapi mereka mahu kami bke IMF dahulu.”

Keengganan negara Teluk muncul ketika Pakistan sedang mengalami krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad, dengan rupee Pakistan telah merosot hampir 8 peratus sejak sebulan lalu dan rizab pertukaran asing negara itu telah berkurangan dalam tempoh kurang setahun.  

Menurut Bloomberg, ia kini merupakan prestasi ekonomi paling teruk di Asia.

Ia mengalami krisis yang sama pada 2018, tetapi ketika itu Riyadh dan Abu Dhabi membekalkannya dengan dana tanpa syarat terlebih dahulu untuk pergi ke IMF.  

Islamabad kini memerlukan $36 bilion untuk mengelakkannya daripada kejatuhan ekonomi lebih teruk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button