Berita UtamaDunia

AS bantu rejim Israel normalisasi hubungan dengan Arab Saudi

Tel Aviv-Riyadh ada kepentingan keselamatan yang dipertaruhkan

TEL AVIV, 30 Syawal 1443H, Selasa – Amerika Syarikat dan negara Teluk Parsi didakwa sedang menyusun strategi untuk proses normalisasi Arab Saudi dengan negara haram Israel.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid percaya kemungkinan berlakunya normalisasi dengan Arab Saudi demi kepentingan Zionis.

“Ini adalah langkah seterusnya selepas Perjanjian Abraham (Abraham Accord),” katanya semalam, merujuk kepada perjanjian normalisasi 2020 yang dicapai Israel dengan Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Maghribi dan Sudan di bawah bekas presiden AS Donald Trump.

Lapid memaklumkan bahawa proses normalisasi dengan Arab Saudi, antara proses yang panjang, sambil menegaskan bahawa kedua-dua pihak mempunyai kepentingan keselamatan yang dipertaruhkan.

Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden secara rahsia menjadi pengantara rundingan antara Arab Saudi, Mesir, dan Israel sebagai sebahagian daripada usaha untuk menormalkan hubungan antara Riyadh dan rejim Tel Aviv.

Media Israel melaporkan – seorang pegawai pergi ke ibu negara Arab Saudi dan bertemu seorang tokoh kanan di dalam istana diraja.

Rangkaian televisyen Channel 12 berbahasa Ibrani mendakwa, lawatan itu sebagai bukti hubungan antara Riyadh dan Tel Aviv. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button