Pendapat

Jangan jadikan ibadah lawak jenaka

Berhati-hati dalam segala tindakan, bertaubat atas keterlanjuran

UMAT Islam diingatkan supaya tidak menjadikan syiar dan ibadat dalam Islam sebagai lawak jenaka.

2. Perbuatan ini termasuk di dalam perbuatan mempermain dan memperolok-olokkan urusan agama. Ia juga boleh berlaku di dalam pertuturan, perbuatan dan tindakan kita.

3. Perkara ini jelas dilarang oleh ALLAH SWT menerusi beberapa ayat al-Quran, antaranya.

{ وَلَئِن سَأَلۡتَهُمۡ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَايَٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ }
[Surah At-Tawbah: 65]

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”

{ لَا تَعۡتَذِرُواْ قَدۡ كَفَرۡتُم بَعۡدَ إِيمَٰنِكُمۡۚ إِن نَّعۡفُ عَن طَآئِفَةٖ مِّنكُمۡ نُعَذِّبۡ طَآئِفَةَۢ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ مُجۡرِمِينَ }
[Surah At-Tawbah: 66]

Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.

Firman ALLAH lagi:

{ وَإِذَا نَادَيۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ ٱتَّخَذُوهَا هُزُوٗا وَلَعِبٗاۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ }
[Surah Al-Mâ’idah: 58]

Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.

4. Marilah sama- sama kita bertaubat atas keterlanjuran kita sebelum ini.

5. Berhati- hati lah di dalam segenap tindakan kita.

Ustaz Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak
30 Syawal 1443

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button