Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kenaikan harga makanan, kos sara hidup antara sebab tangguh PRU15

Tidak wajar diadakan sehingga negara dapat kekang inflasi

BANGI, 30 Syawal 1443H, Selasa – UMNO harus melihat keadaan semasa berhubung kenaikan harga makanan dan kos sara hidup sebelum bergegas menganjurkan pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, beliau adalah ‘orang parti’ dan perlu mematuhi keputusan UMNO serta Kabinet, di mana mengikut Perlembagaan, Kabinet mesti meluluskan keputusan untuk menasihati Raja bagi membubarkan Parlimen.

Pun begitu, kenaikan harga makanan dan kos sara hidup lain antara sebab untuk beliau menangguhkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, pilihan raya tidak sepatutnya diadakan sehingga negara dapat mengekang inflasi, didorong sebahagiannya oleh kesan global perang di Ukraine.

“Kita perlu menunggu masa sesuai (untuk memanggil pilihan raya).

“Kita kini menghadapi tempoh inflasi yang meningkat dengan harga yang tinggi, adakah anda fikir ini masa yang sesuai (untuk pilihan raya)?” katanya di luar persidangan Nikkei’s Future of Asia di Tokyo minggu lalu dipetik Berita Harian hari ini.

Ketika ditanya mengenai desakan menyegerakan PRU15, Ismail Sabri menjawab pilihan raya tidak boleh ditangguhkan lebih jauh daripada garis masa ditetapkan dalam Perlembagaan.

Bagaimanapun untuk membuatnya lebih awal, beliau berkata, kita perlu melihat keadaan semasa.

“Insya Allah, saya akan lakukannya (umum PRU15) pada masa yang sesuai,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button