Berita Utama

Pengurus Felda direman lima hari bantu siasatan salah guna kuasa

Guna kedudukan lantik syarikat yang punyai kepentingan dengan diri

KUANTAN, 25 Zulhijjah 1442H, Rabu – Seorang pengurus Felda direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan projek pertanian berjumlah RM64,739.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Kuantan Humairah KM Haider selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pahang, di sini selepas hadir memberi keterangan kira-kira 7 malam semalam.

Suspek yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan pada 9.30 pagi dengan berkemeja-T lokap SPRM, disyaki telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perolehan Rancangan (JKPR) melantik syarikat yang mempunyai kepentingan dengan dirinya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan penahanan lelaki itu dan menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button