Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Perarakan bendera Israel ceroboh semua garis merah

Laung slogan perkauman 'kematian orang Arab', serang penduduk Palestin

BAITULMAQDIS, 30 Syawal 1443H, Selasa – Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh menyifatkan serangan sayap kanan negara pengganas Israel di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sebagai pencerobohan yang melintasi semua ‘garis merah’.

“Israel semalam (Ahad) telah melintasi semua garis merah dan perjanjian antarabangsa dengan pencerobohan berulang-ulang terhadap al-Aqsa di Baitulmaqdis.

“Negara itu cuba untuk mengenakan realiti yang tidak sejajar dengan status quo sejarah Masjid al-Aqsa,” kata Shtayyeh.

Puluhan ribu warga Israel yang mengibarkan bendera, ultra nasionalis menyerbu kawasan muslim Kota Lama pada Ahad dalam ‘perarakan bendera’.

Perarakan provokatif yang berlaku di dalam dan sekitar perkarangan Masjid al-Aqsa bertujuan untuk meraikan pendudukan dan pengilhakan Baitulmaqdis Timur – satu langkah yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Ada yang melaungkan slogan berbaur perkauman termasuk ‘Kematian orang Arab’ dan menyerang penduduk Palestin sambil disokong oleh pihak keselamatan Israel yang bersenjata.

Beberapa kumpulan Yahudi juga menyerbu perkarangan al-Aqsa, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Palestin bahawa tindakan itu adalah percubaan untuk mengubah status quo di tapak ketiga paling suci dalam Islam.

Ritual keagamaan Yahudi dilarang di kawasan seluas 35 ekar (14 hektar) yang dikenali umat Islam sebagai Haram al-Sharif.

Orang Yahudi memanggilnya ‘Temple Mount’.

Puluhan rakyat Palestin ditahan di seluruh Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat yang diduduki sehari sebelumnya, lokasi protes untuk mengecam perarakan itu berlaku.

Lebih 165 mengalami kecederaan susulan terhidu gas pemedih mata, dipukul dan cedera akibat tembakan peluru hidup serta getah.

Selepas perarakan itu, kumpulan besar Israel menyerbu melalui kawasan kejiranan Palestin, menyerang penduduk serta harta benda mereka. – Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/05/30/79-rakyat-palestin-cedera-diserang-ultra-nasionalis-polis-israel/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button